Produk terkenal, harga boleh tahan namun hasilnya kurang memuaskan?

0

Anda mempunyai produk penjagaan kulit yang dikenali, bagus dan mendapat pengiktirafan.

Harga pun boleh tahan. Namun, masih tidak mendapat hasil yang diharapkan.

Mengapa ini berlaku? Jom kami kongsi pendapat pakar.

1. Membeli produk akibat terpengaruh dengan strategi pemasaran tanpa mengetahui masalah kulit sendiri.

Kita ambil contoh, produk pemutihan kulit. Diketahui, rata-rata pengguna terutamanya wanita mahukan kulit cerah bak gadis Korea.

Tidak mustahil kita akan terpengaruh dengan produk sebegini. Padahal kulit kita mempunyai masalah lain seperti jerawat, kulit sensitif dan berminyak. Seharusnya, masalah itulah diatasi terlebih dahulu sebelum kita memilih untuk menjadikan kulit lebih cerah.

Dalam erti kata lain, bukan produk pemutihan itu tidak bagus, tetapi ia kurang sesuai dengan keadaan kulit kita. Oleh itu berhati-hati ya.

2. Terikut-ikut orang lain / kenalan.

“Wah! ‘flawless’ sungguh kulitmu. Guna jenama apa ye?”.

Perlu diingat, keserasian sesuatu produk adalah tidak sama bagi setiap orang. Ya, anda boleh ambil tahu jenama yang si ‘flawless’ gunakan, tapi anda juga perlu ambil tahu apakah kandungan produk agar keberkesanannya dapat dilihat pada kulit anda.

3. Produk dah elok, susunan penggunaan pula salah! πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ

Sangat penting untuk mengikut aturan betul agar kulit dapat makanannya. Mulai dengan pembersih (make up remover, pencuci dan srub), penyegar atau esen, krim mata, serum atau ampulce, pelembab dan pelindung matahari. Ingat ya!

4. Pencuci berpelembab.

Ada pencuci yang boleh mengakibatkan kulit kekeringan terutama produk bertujuan untuk pencerahan. Oleh itu berhati-hati, pencuci berpelembab dan kurang buih mungkin penyelesaian terbaik.

5. Salah ‘matching’ produk.

Setiap produk ada kandungan peratus bahan utama mengikut tujuannya. Gabungan barisan produk yang terlalu ekstrem kandungannya akanΒ  ‘memaksa’ kulit.

6. Tidur dengan solekan dan tidak mencuci wajah dengan bersih.

Waktu tidur merupakan masa dan ketikanya kulit bekerja membaiki tekstur yang rosak. Pastikan ia berehat serta bebas dari kekotoran dan solekan.

Jika tidak, masalah seperti jerawat dan jeragat akan timbul. Wajah juga akan kelihatan kusam dan lebih berusia.

7. Tidak konsisten.

Gunalah produk beratus malah beribu ringgit pun, jika anda tidak konsisten, hmmm tak guna juga.. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.

8. Gaya hidup.

Pendedahan kepada persekitaran yang tidak bersih, penggunaan pendingin udara yang berlebihan, tabiat merokok dan minuman keras jelas memberi kesan kepada kesihatan diri seterusnya menghakis keserian kulit.

9. Perubahan kulit.

Seiring perubahan masa, perbezaan keperluan kulit juga akan berlaku. Jangan terlalu selesa dengan sesuatu jenis produk dalam tempoh yang lama. Tanyalah pakar akan keperluan kulit sesuai dengan usia dan permasalahannya.

Semoga bermanfaat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply