PRN Sarawak ambil kira keberkesanan SOP PRN Melaka

0

Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan turut mengambil kira maklum balas keberkesanan SOP di PRN Melaka, Sabtu lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang merangka SOP pencegahan COVID-19 bagi PRN Sarawak dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

SOP itu akan diumumkan apabila ia dimuktamadkan kelak.

“Ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di Sarawak sudah lama, namun kerana berlakunya darurat, maka ia (PRN) tidak boleh dilaksanakan. Persediaan di Sarawak jauh lebih teratur daripada yang kita lihat di Melaka,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Wan Junaidi berkata, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mempunyai kesalinghubungan digital dalam memotong nama pengundi yang meninggal dunia secara automatik.

Dalam pada itu, SPR turut mengambil maklum berhubung cadangan melaksanakan kertas undi berwarna bagi memudahkan pengundi membuat pilihan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply