PRK Kimanis : Proses pembuangan undi berjalan lancar, lebih 50 peratus mengundi setakat jam 12 tengah hari

0

Proses pembuangan undi di Parlimen Kimanis berlangsung hari ini dengan 68 saluran dibuka tepat jam 7.30 pagi ini dimana melibatkan seramai 29,619 orang pengundi.

Setakat empat jam setengah saluran dibuka, sebanyak 50.37 peratus pengundi telah membuat pilihan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi akan pergi mengundi hari ini.

Dua calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen itu adalah calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Karim Bujang dan Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, masing-masing selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kimanis dan SK Our Lady of Fatima (M) Kampung Kelatuan di sini, seawal 9 pagi ini.

SPR menjangkakan keputusan PRK itu dapat diumumkan sebelum 10 malam ini setelah penjumlahan rasmi undi selesai dilakukan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Karim, 67, dan Mohamad, 48 tahun. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply