PRK Kimanis : BN menang dengan majoriti 2,029 undi

0

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad bin Haji Alamin memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dengan majoriti 2,029 undi hari ini.

Ketua Umno Sabah Bahagian Kimanis itu memperoleh 12,706 undi daripada 68 saluran undi sehingga penjumlahan tamat malam ini.

Keputusan rasmi itu menunjukkan Mohamad Alamin menewaskan lawannya iaitu calon parti Warisan, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Daripada 29,664 pengundi berdaftar, dianggarkan lebih kurang 80 peratus pengundi melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis hari ini.

Sebanyak 19 pusat mengundi dan 68 saluran dibuka bagi proses pengundian yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.

PRK ini diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Anifah Aman di Kimanis pada pilihan raya umum 2018 selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mematuhi prosedur pilihan raya yang sepatutnya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply