Presiden Iraq melantik Mohammed Tawfiq Allawi sebagai Perdana Menteri baharu

0

Presiden Iraq, Barham Salih menamakan Mohammed Tawfiq Allawi sebagai Perdana Menteri dalam langkah segera setelah ditolak oleh penunjuk perasaan.

Pelantikan itu diumumkan selepas parti-parti politik yang tidak sehaluan gagal menamakan calon dalam tempoh dua bulan sejak bekas Perdana Menteri digulingkan setelah menerima protes secara besar-besaran.

Bekas Perdana Menteri, Adel Abdul-Mahdi meletak jawatan pada November ketika pergolakan anti-kerajaan besar-besaran di mana beratus-ratus ribu rakyat Iraq turun ke jalanan bagi menuntut penyingkiran elit politik Iraq.

Hampir 500 penunjuk perasaan telah terbunuh dalam tindakan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan.

Sebagai Menteri Komunikasi dalam kerajaan Nuri Al-Maliki, Allawi juga tidak dapat diterima oleh banyak pihak.

“Allawi ditolak,” kata mereka di Dataran Tahrir di Baghdad.

Allawi mempunyai masa sebulan untuk membentuk kerajaan, tetapi berkata dia akan mengundurkan diri jika blok sektarian cuba memaksa calon kabinet kepadanya.

Dia memberitahu rakyat Iraq supaya membantah dan “jangan kembali sehingga anda mendapat apa yang anda mahukan.”

Allawi akan mengendalikan negara sehingga pilihan raya awal dapat diadakan.  Dia mesti membentuk kerajaan baru dalam tempoh sebulan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply