Premis makanan secara buffet perlu sedia sarung tangan atau pramusaji

0

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kepada pengusaha premis makanan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Berikutan sektor perniagaan makanan telah dibenarkan beroperasi namun masih terdapat banyak premis yang tidak patuh peraturan baharu terutamanya dalam penyediaan makanan secara buffet.

“Bagi premis yang menyediakan konsep secara buffet hendaklah memastikan adanya pramusaji bagi menghidangkan makanan kepada pelanggan.

“Sekiranya tanpa pramusaji, pengusaha premis berkenaan perlu menyediakan sarung tangan pakai buang bagi kegunaan pelanggan untuk mengambil makanan.

“Inisiatif ini perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya sentuhan perkongsian peralatan seperti senduk, sudu dan sebagainya,” ujar beliau.

Tegas beliau lagi, mana-mana premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta 342 bakal dikenakan tindakan undang-undang.

PKPP : PENGUSAHA PREMIS MAKANAN PERLU MEMASTIKAN ADANYA PRAMUSAJI ATAUPUN SARUNG TANGAN PAKAI BUANGKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Jabatan Perdana Menteri Jabatan Penerangan Malaysia

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 16 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply