Praktik kawalan kendiri dan kekalkan disiplin yang tinggi

0

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba mengingatkan orang ramai agar tidak leka serta patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.

Melalui perkongsian di laman Facebook rasmi miliknya, beliau telah berkongsi satu pesanan buat orang ramai memberitahu dunia semakin berubah akibat wabak pandemik COVID-19.

Oleh kerana itu cara bekerja, bersosial malah beribadat, perlu selaras dengan kelaziman baharu atau ‘new norma’ yang disarankan oleh pihak berkuasa.

Kini sebahagian rakyat Malaysia di tanah air sangat peka dan juga patuh dengan normal baharu ini.

“Penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan diri menjadi normal baharu.

Kepatuhan normal baharu dan strategi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berfasa telah menyumbang kepada kejayaan negara kita, Malaysia”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, dunia mengiktiraf keupayaan Malaysia dalam mengawal pandemik ini dengan baik namun orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak alpa dan leka kerana perjuangan masih dilakukan.

Justeru dalan tempoh PKPB ini, patuhilah arahan dan kekalkan disiplin yang tinggi kerana kesihatan dan nyawa menjadi keutamaan.

Praktikkan kawalan kendiri, sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa kerana PKPB masih lagi dilaksanakan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2912872328760885&id=497510250297117

Duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Jika terpaksa untuk keluar, patuhi penjarakkan sosial yang ditetapkan, pakai penutup mulut dan hidung, utamakan kebersihan diri dan cuci tangan secara kerap, elakkan bersesak ataupun berhimpun.

Dalam mematuhi PKPB ini, manfaatkan teknologi pintar bagi mengelakkan silaturahim.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply