Pra-Sekolah, Swasta dan Tabika dibuka mulai 1 Julai

0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pagi tadi telah membentangkan pembukaan serta SOP Pra-Sekolah, swasta serta Tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Tabika Kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Jumlah sekolah yang terlibat adalah Pra-Sekolah sebanyak 6,216, swasta pula melibatkan 7,887 , Tabika KPN 1,781 dan 8,530 Tabika Kemas KPLB.

Susulan itu, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan telah menerima dan bersetuju SOP yang dibentangkan dan cadangan Pra-Sekolah serta Tabika akan dibuka awal bulan hadapan iaitu 1 Julai 2020.

Berhubung perincian SOP lengkap beliau berkata ianya akan diumumkan oleh Menteri KPM iaitu Dato’ Radzi Jidin dalam waktu terdekat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply