Potongan Gaji 10 peratus Ahli MMK untuk Tabung COVID-19 Pahang

0

Majlis Mesyuarat Kerajaan, MMK Pahang telah bersetuju agar potongan 10 peratus daripada gaji Ahli-ahli MMK dilakukan selama tiga bulan bermula April hingga Jun 2020.

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata hasil potongan ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang.

“Sukacita saya maklumkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang saya pengerusikan, telah bersetuju agar potongan 10 peratus daripada gaji Ahli-ahli MMK dilakukan selama tiga (3) bulan bermula April hingga Jun 2020.

“Dengan potongan ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang yang telah Kerajaan Negeri wujudkan.

“Keputusan ini diambil sebagai rasa bertanggungjawab dan tanda simpati Ahli-ahli MMK sekalian terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya; yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19”, katanya dalam satu kenyatan media dimuatnaik di facebook rasminya.

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG Potongan Gaji 10 peratus Ahli MMK untuk Tabung COVID-19 PahangSukacita saya…

Dikirim oleh Wan Rosdy bin Wan Ismail pada Rabu, 25 Maret 2020

Beliau turut berharap dengan potongan serta sumbangan kepada Tabung COVID-19 Pahang akan mendorong lebih banyak pihak untuk tampil dan turut menyumbang kepada Tabung ini. —THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply