Potongan gaji dua bulan Jemaah Menteri untuk Tabung COVID-19

0

Mesyuarat Kabinet memutuskan pemotongan gaji dua bulan melibatkan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri berkata pemotongan gaji berkenaan akan  disalurkan ke Tabung COVID-19 yang kini jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan sebanyak RM8,493,103.48.

Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak ini.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply