Poster “Bossku” palsu, Pakatan Harapan sedang kepanasan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia

0

Ketua Penerangan Umno Malaysia Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah ketika dihubungi The Malaya Post berkata, poster yang diviralkan adalah palsu.

Ia bukan dikeluarkan UMNO atau PAS.

Justeru beliau berharap, rakyat tidak mempercayainya.

“Poster yang diviralkan adalah palsu. Ianya bukan dikeluarkan UMNO atau PAS. Justeru rakyat diharap tidak mempercayainya”, katanya.

Tambahnya, apa yang dipersetujui dan ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Presiden PAS ialah Piagam MUAFAKAT NASIONAL.

Maka dengan sendiri, menunjukan poster yang ditularkan itu tidak sebagaimana apa yang dilakukan oleh UMNO dan PAS.

“Apa yang dipersetujui dan ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Presiden PAS ialah Piagam MUAFAKAT NASIONAL. Maka dengan sendiri, menunjukan poster yang ditularkan itu tidak sebagaimana apa yang dilakukan oleh UMNO dan PAS.

Saya berkeyakinan, poster ini bertujuan mengelirukan rakyat terutama ahli UMNO dan PAS. Malah ianya dilihat sebagai usaha berterusan pihak tertentu yang ingin memecahkan muafakat erat UMNO dan PAS” katanya.

Ketua Penerangan Umno Malaysia sebaliknya yakin UMNO dan PAS tidak terganggu dengan tindakan sebegini terutama oleh Pakata Harapan

Malah akan lebih kukuh muafakatnya.

“Saya yakin UMNO dan PAS tidak terganggu dengan tindakan sebegini terutama oleh PH.

Malah akan lebih kukuh maufakatnya melalui Piagam Muafakat Nasional” katanya.

Dato’ Dr. Shamsul juga percaya, Pakatan Harapan bimbang dengan apa UMNO PAS lakukan menerusi Piagam MUAFAKAT NASIONAL, kerana itu mereka kepanasan ketika ini.

“Percayalah bersama rakan rakan dalam BN, sahabat BN serta rakan rakan PAS dalam Gagasan Sejastera, UMNO dan PAS akan memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Saya juga percaya PH bimbang dengan apa UMNO PAS lakukan menerusi Piagam MUAFAKAT NASIONAL kerana itu mereka kepanasan ketika ini”, katanya kepada wartawan The Malaya Post.

Terdahulu selepas termaktub Piagam Muafakat Nasional, tular poster Pemasyhuran Piagam Penyatuan Ummah di media sosial.

Menerusi Poster terbabit, Pemasyhuran Piagam Penyatuan Ummah dikatakan telah melantik Ahli Jawatankuasanya di mana Dato’ Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat.

Manakala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamid dilantik sebagai Pengerusi dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Timbalan Pengerusi.

Namun menurut sumber dalaman Media Umno ketika dihubungi The Malaya Post berkata poster terbabit adalah palsu.

Untuk rekod Dato’ Seri Mohd Najib dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Barisan Nasional 9 Julai lalu. Beliau juga Ahli Majlis Penasihat Presiden Umno.

Leave a Reply