Poster “Bossku” dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Piagam Penyatuan Ummah palsu

0

Selepas termaktub Piagam Muafakat Nasional, tular poster Pemasyhuran Piagam Penyatuan Ummah di media sosial.

Menerusi Poster terbabit, Pemasyhuran Piagam Penyatuan Ummah dikatakan telah melantik Ahli Jawatankuasanya di mana Dato’ Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat.

Manakala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamid dilantik sebagai Pengerusi dan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Timbalan Pengerusi.

Namun menurut sumber dalaman Media Umno ketika dihubungi The Malaya Post berkata poster terbabit adalah palsu.

Untuk rekod Dato’ Seri Mohd Najib dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Barisan Nasional 9 Julai lalu. Beliau juga adalah Ahli Majlis Penasihat Presiden Umno.

Leave a Reply