Positif COVID-19, Puteri Aishah dirawat di Hospital Sungai Buloh

0

Dunia hiburan dikejutkan berita seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Puteri Aishah dikhabarkan positif COVID-19.

Berita mengejutkan itu diwar-warkan sendiri oleh pengurus Puteri Aishah iaitu Iman Tang di laman Instagram miliknya.

“COVID-19 Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuhu..Salam Mahgrib..🀲🏻 She just tested POSITIVE for COVID19 an hour ago..😭🦠 Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh..β€πŸ€²πŸ»πŸ’”” tulis Iman.

Terdahulu, Puteri Aishah dan produksi telah berangkat ke Scotland pada 9 Mac lepas bagi penggambaran sebuah drama.

Apabila pulang ke tanah air, mereka semua disahkan positif COVID-19 kecuali pasangan Aishah di dalam drama berkenaan.

Difahamkan seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru telah ke Scotland menjalani penggambaran drama 26 episod.

Puteri Aishah kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19.

View this post on Instagram

in sha Allah 🌸

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on

Semoga Puteri Aishah segera sembuh dan bebas dari wabak berkenaan berada di dalam kondisi yang baik-baik sahaja.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply