Positif Covid-19, peminat doakan Tiz Zaqyah cepat sembuh

0

Tak lama dah nak raya kan…

Ini merupakan tahun kedua kita menyambut Aidilfitri dalam suasana pandemik Covid-19.

Statistik terkini Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak dan ia merisaukan ramai pihak.

Ramai juga pemimpin politik dan selebriti yang telah disahkan positif Covid-19.

Terbaru, pelakon versatile Tiz Zaqyah juga disahkan positif. Berkongsi perkhabaran tersebut menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, dia kini perlu menjalani proses kuarantin di rumah.

“Saya terima panggilan dari Subang Jaya Medical Centre mengesahkan saya positif Covid-19”.

“Tolong doakan saya dan keluarga,” kata Tiz atau nama penuhnya Siti Zaqyah binti Abdul Razak ini kepada pengikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan pengikut menurunkan ucapan agar Tiz diberi kekuatan untuk kuat menghadapinya dan mendoakan agar “Pelakon TV Wanita Popular” Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 tersebut segera sembuh.

Untuk rekod Tiz Zaqyah yang dilahirkan pada 25 Oktober 1988 merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi Malaysia. Tiz memulakan kerjayaan lakonannya menerusi watak sampingan dan lakonan pertama beliau ialah dalam siri drama televisyen Gol & Gincu The Series.

Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama dalam drama Nur Kasih yang trending dan mendapat sambutan penonton sekaligus melonjakkan namanya dan dicalonkan dalam pelbagai anugerah.

Semoga Tiz segera sembuh dan ahli keluarganya turut terlindung dari menerima jangkitan pandemik ini. Tambahan pula, kita akan menyambut Lebaran tidak lama lagi 💪

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply