Polis temui nota mengandungi mesej negatif dan tekanan mengenai kehidupan, kematian Goo Ha-Ra disahkan tiada kaitan dengan pihak lain

0

Susulan berita kematian mengejut salah seorang K-pop idol dan bekas ahli kumpulan wanita Kara, Goo Ha-Ra, pihak polis Seoul mengesahkan tidak membabitkan dengan pihak lain.

Pada sidang akhbar yang telah diadakan, pegawai polis memberitahu terdapat satu nota tulisan tangan yang disahkan ianya milik Goo Ha-Ra.

Nota yang dijumpai di atas meja ruang tamu kediaman Goo Ha-Ra mengandungi mesej berunsur negatif dan tekanan mengenai kehidupannya.

Pada hari berkenaan, kira-kira jam 6 petang pembantu rumah tiba di rumahnya dan mendapati Goo Ha-Ra tidak sedarkan diri lalu pembantu rumah terbabit telah menghubungi pihak polis.

Pegawai Polis Seoul juga turut membuat kajian dan penyelidikan ke atas kes ini dengan teliti dan berdasarkan semua bukti yang dikumpulkan, kematian Goo Ha-Ra tiada kaitan dengan pihak lain.

Melalui video rakaman kamera CCTV di kediamannya bertarikh 24 November lalu, Goo Ha-Ra pulang ke rumah kira-kira jam 12.35 tengah malam dan pihak polis menjangkakan Goo Ha-Ra meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Sepanjang hari berkenaan, tiada tetamu yang datang dan menziarahi Goo Ha-Ra.

Terdahulu, Polis Seoul Gangnam memberitahu penyanyi dan juga pelakon Goo Ha-Ra ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di rumahnya di kawasan kejiranan Cheongdam kira-kira jam 6:09 petang pada 25 November yang lalu.

Sebelum ini, dilaporkan bintang drama City Hunter ini pernah cuba membunuh diri di kediaman persendiriannya pada Mei lalu.

Leave a Reply