Polis siasat tembok masjid diconteng cat merah

0

Polis menjalankan siasatan berhubung tembok pagar masjid di Taman SPPK, Pasir Puteh diconteng menggunakan semburan cat merah awal pagi, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, laporan kejadian itu diterima daripada seorang ahli jawatankuasa masjid berusia 60 tahun pada jam 9.07 pagi.

“Kejadian disedari pada jam 5.15 pagi ketika pengadu dan isteri tiba di masjid lalu mendapati terdapat tulisan cat merah ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ pada tembok pintu masuk utama masjid.

Tiada individu lain di kawasan sekitar selain pengadu dan isteri,” katanya.

Lapor media, ACP Yahaya berkata, pengadu yang juga muazin di masjid berkenaan memaklumkan beliau akan memasang alunan bacaan ayat al-Quran selama kira-kira 10 minit sebelum melaungkan azan solat subuh, setiap hari.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat yang boleh dikenakan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply