Polis siasat dakwaan jual beli sijil digital vaksinasi Covid-19 palsu

0

Semalam tular satu gambar yang dimuat naik seorang individu mendakwa sijil digital palsu mula dijual.

Sijil berupa kad itu dipercayai dicetak dan dipromosikan di media sosial.

Susulan itu, polis menerima satu laporan polis daripada individu berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Abd Jalil Hassan mengesahkan perkara itu berkata setakat ini pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Memberikan maklumat palsu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

“Polis menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan aktiviti memalsukan dan menjual sijil digital palsu,” katanya.

Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti berkenaan.

Terdahulu, tular satu gambar yang dimuat naik seorang individu mendakwa sijil digital palsu mula dijual.

Sijil berupa kad itu dipercayai dicetak dan dipromosikan di media sosial. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply