Polis sahkan ambil keterangan pendakwah terkenal bersabit kes gangguan seks

0
Foto Ihsan Media Mulia

Polis Bukit Aman mengesahkan telah mengambil keterangan pendakwah terkenal berusia 30an yang disiasat bersabit kes gangguan seksual.

Difahamkan, pendakwah terkenal terbabit hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira 9.30 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan kepada media bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkara itu hari ini. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply