Polis gempur sarang pelacuran di KL, lima wanita warga asing dicekup

0

Sepasukan D7 Kuala Lumpur telah menyerbu sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu semalam kerana dipercayai menjadi sarang pelacuran yang menawarkan khidmat seks membabitkan wanita warga asing.

Dalam serbuan Op Noda sekitar jam 4.45 petang itu, lima wanita warga asing dicekup.

Turut ditahan beberapa lelaki yang dipercayai menjadi pelanggan kepada wanita berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff mengesahkan tangkapan itu berkata, serbuan dilakukan oleh dua pegawai dan 14 anggota dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan itu, kami menahan lima wanita warga asing berusia antara 25 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran di premis berkenaan.

“Selain itu, kami turut menahan tiga pelanggan lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 36 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut rampas 13 kondom, lima tuala, tiga gel pelincir, lima kad akses dan wang tunai berjumlah RM1,070.

Semua suspek yang ditahan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melakukan aktiviti pelacuran serta tiada pas lawatan atau permit sah untuk tinggal di negara ini.

Susulan itu, pihak polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kegiatan pelacuran di KL.

Ini kerana tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur, pemilik premis, pekerja atau pelanggan dalam usaha memerangi kegiatan pelacuran di ibu kota ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan bolehlah hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply