Polis buru Sheikh Ismail atau EL

0

Polis sedang berusaha mengesan seorang individu lelaki bagi membantu siasatan kes culik ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang diculik dan mayatnya ditemui di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato’ Fadzil Ahmat dalam kenyataannya berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau dikenali dengan gelaran ‘El’, 26 tahun dan dilaporkan alamat terakhir suspek ialah di Bukit Beruntung MK Land, Rawang.

“Polis meminta bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat mengenai individu yang dikehendaki ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dan seorang individu bergelar Datuk pada Jumaat lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes culik ahli perniagaan berusia 55 tahun itu.

Menurutnya, kesemua suspek berusia 20 hingga 56 tahun itu akan direman antara lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Menambah kenyataannya, proses bedah siasat masih diteruskan dan akan bersambung pada 2 Julai ini bagi tujuan mengetahui punca sebenar kematian.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

[UPDATE] KES CULIK, BUNUH DATUK SERI: POLIS CARI SHEIKH ISMAIL ATAU 'EL' Kuala Lumpur, 28 Jun 2020 – Polis sedang…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, 28 June 2020

Leave a Reply