Polis buru ‘Ragunathan Chempan’ bantu siasatan kes tetak penternak lembu

0

Polis Port Dickson memburu lelaki dikenali sebagai Ragunathan Chempan yang dipercayai terbabit dalam kes menyerang dan mencederakan seorang penternak lembu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di Bukit Pelandok pada Sabtu lalu.

Satu laporan polis dibuat mangsa yang juga seorang penternak lembu berusia 30 tahun.

Mangsa mendakwa ditetak suspek dikenalinya, kira-kira 8 pagi, 4 September lalu di kandang lembu miliknya.

“Lelaki yang dicederakan itu serang menggunakan parang oleh tiga suspek lelaki yang dikenalinya.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan hutang berkaitan jual beli lembu yang masih belum selesai.

“Mangsa parah di bahagian hidung, kepala, leher, tangan serta mulut akibat diserang suspek dan masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson menahan dua lelaki masing-masing berumur 37 tahun dan 46 tahun secara berasingan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Polis kini mengesan seorang lagi suspek (Ragunathan Chempan) yang masih bebas bagi membantu siasatan.

Inspektor Mohammad Daniel Abdul Rahim, Pegawai Penyiasat : 06-6462999

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Daniel Abdul Rahim di talian 06-6462999.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply