Polis buru 13 pelatih melarikan diri dari PUSPEN

0

Kuantan, 30 Dis. – 13 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang di sini sedang diburu selepas hilang melarikan diri daripada pusat terbabit, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali, berkata kehilangan pelatih berkenaan disedari dua pengawai di pusat berkenaan ketika membuat pemeriksaan kira-kira jam 5.30 pagi.

Beliau berkata, pelatih berkenaan adalah, Mohd Faiz Aizat Zulkifli, 23, Muhammad Shafiq Ikmal Abdullah, 22, Muhammad Hazuraidi Hashim, 24, Mohd Arif Asyraf Sudin, 23, Ahmad Asmani Rosdi, 21, Muhamad Shafiq Adha Ali, 23, Mohamad Sharizal Norizan, 25.

Leave a Reply