Pokok Snake Plant boleh kurangkan habuk dalam rumah? Mitos atau fakta?

0

Tular di laman sosial mengenai keberkesanan pokok snake plant yang dikatakan mampu mengurangkan habuk di dalam rumah dan menapis udara kotor.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, pada tahun 1989 pihak NASA telah menjalankan satu kajian yang popular.

Tujuan kajian tersebut dilakukan adalah untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.

Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 3 June 2020

Namun ianya tidak bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara.

Ini kerana hasil penemuan dalam kajian terbabit hanya untuk ruang tertutup di dalam kebuk udara makmal.

Bagi ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan!

Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress.

Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply