PM zahir penghargaan kepada penderma darah negara

0

Bersempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia yang jatuh pada hari ini, Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada seluruh penderma darah negara.

Bertemakan ‘Darah Yang Selamat Menyelamatkan Nyawa’, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma darah yang digelar beliau sebagai ‘adiwira’ negara di atas pengorbanan mereka yang tampil menderma darah secara sukarela saban hari.

Beliau berkata, fokus tema pada tahun ini menjurus kepada sumbangan setiap penderma darah dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit dan seterusnya meningkatkan tahap komuniti setempat.

Disamping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan kempen derma darah ini.

Menerusi anjuran kempen ini masyarakat berpeluang untuk menderma darah berdekatan dengan komuniti setempat.

Dalam pada itu beliau mengajak seluruh rakyat mulakan langkah pertama dengan menjadikan amalan menderma darah secara berkala sebagai budaya dan gaya hidup sihat.

“Marilah menderma darah demi kesihatan sejagat dan teruskan sokongan padu kepada pusat dan tabung-tabung darah di seluruh negara,” ujar beliau.

Ucapan sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2020

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 13 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply