Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sambutan Hari Sarawak pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri.
Justeru beliau yakin Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik COVID-19.
“Selamat menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.
“Sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri.
“Saya yakin Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik COVID-19. Selamat Hari Sarawak 2021. Sarawak Gemilang Untuk Semua”, kata PM dalam satu kenyataan di Facebook beliau.
Hari Sarawak diraikan bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri ini kepada anak watan Sarawak oleh penjajah British pada 22 Julai 1963.
Sebelum itu, Sarawak diberikan kemerdekaan oleh Kesultanan Brunei pada tahun 1841, namun menjadi naungan British sejak 1888.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Sarawak ditadbir oleh Tentera British, sebelum menjadi tanah jajahan British pada tahun 1946.
Selepas 75 tahun, Sarawak diberikan pemerintahan sendiri oleh British pada 22 Julai 1963.
Pada 23 April 2016, cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak diisytiharkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Tan Sri Adenan Satem.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost