PM terima sumbangan kelengkapan perubatan bernilai RM2.5 juta untuk KKM

0

Yayasan Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf (TSMYCG) hari ini menerima sumbangan kelengkapan perubatan kira-kira bernilai RM2.5 juta.

Selaku pengasas TSMYCG, beliau berbesar hati atas sumbangan daripada dua buah syarikat iaitu Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) dan Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) masing-masing yang bernilai RM1.5 juta dan RM1 juta.

“Peralatan seperti mesin ultrasound, ventilator dan kelengkapan perubatan lain akan diagihkan kepada hospital dan jabatan kesihatan yang dikenalpasti untuk kegunaan serta kemudahan petugas barisan hadapan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tropicana Group, Tan Sri Dato’ Tan Chee Sing dan Pengasas Top Glove, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai kerana menyokong usaha melawan wabak COVID-19 ini,” tulis beliau di laman Facebook miliknya.

TROPICANA, TOP GLOVE SUMBANG BARANGAN DAN KELENGKAPAN PERUBATAN BERNILAI RM2.5 JUTA KEPADA KEMENTERIAN KESIHATANHari…

Posted by Muhyiddin Yassin on Friday, 3 July 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply