PM seru rakyat kekalkan disiplin dan patuhi SOP bagi mengekang penularan Covid-19

0

Dalam tempoh beberapa bulan lagi, negara akan mencapat matlamat imuniti kelompok.

Ia berdasarkan kelancaran pemberian vaksin Covid-19 yang sedang berjalan di seluruh negara.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar semua rakyat di negara ini terus mengekalkan disiplin dan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah secara konsisten mencapai jumlah lebih 400,000 dos sehari.

Ia sekali gus meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun.

“Namun begitu, saya berharap agar saudara dan saudari mengekalkan disiplin dan kepatuhan terhadap SOP. Ketika ini kita masih tidak diizinkan melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi.

“Saya merayu agar kita semua bersabarlah dalam mematuhi SOP kerana pengorbanan saudara dan saudari merupakan jihad yang besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas sempena Hari Raya Aidiladha yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply