PM perlu jalani kuarantin wajib selama 14 hari bermula hari ini

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diwajibkan menjalani proses kuarantin selama 14 hari bermula petang ini (22 Mei).

Ini berikutan salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada 21 Mei disahkan positif COVID-19.

Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat terbabit telah menjalani ujian saringan petang tadi dan disahkan negatif.

Walaubagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid 19 (Seksyen 15(1)) Akta 342, Perdana Menteri masih perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

Semua ahli mesyuarat juga telah diarahkan untuk membuat saringan dan memulakan kuarantin petang tadi.

Menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, setiap mesyuarat yang diadakan di pejabat berkenaan mengamalkan penjarakkan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Semoga Perdana Menteri dilindungi dari dan dipermudahkan dalam menguruskan pentadbiran negara.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri.

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Jumat, 22 Mei 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply