PM menghadap Sultan Johor siang tadi

0

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru tengah hari tadi.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik di akaun Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda menjemput Perdana Menteri bagi mempersembahkan perkembangan negara ketika ini.

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan mempersembahkan perkembangan negara pada masa sekarang”, titah baginda.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin hadir di persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 hari ini dirasmikan oleh Sultan Johor. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply