PM mahu Jalur Gemilang berkibar sebanyak mungkin di Paralimpik Tokyo

0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat Jalur Gemilang dapat berkibar dan lagu Negaraku dapat dimainkan sebanyak mungkin pada Sukan Paralimpik Tokyo.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau percaya dengan semangat tinggi serta latihan dijalankan selama ini, tiada sebab mengapa barisan atlet luar biasa ini tidak boleh berjaya pada temasya sukan berprestij di Jepun itu.

“Saya berdoa agar Jalur Gemilang dapat berkibar dan lagu Negaraku dapat dimainkan lagi untuk meraikan mereka di sana.

Apa pun doa saya adalah mereka dapat pulang kepada kita Keluarga Malaysia dengan selamat ” katanya. No matter what the outcome is I want you all to know that you are all champions in our heart. Ayuh Malaysia !

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengukuhan Semangat Atlet Paralimpik Malaysia yang diadakan secara maya hari ini.

Perdana menteri berkata barisan atlet paralimpik yang berjuang di Tokyo merupakan kebanggaan negara dan berharap nama Malaysia dapat dijulang di Tokyo.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply