PM gesa Majlis Daerah, PBT dan agensi kerajaan turun padang bertemu peniaga

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpeluang berjumpa dan berdialog dengan wakil-wakil persatuan peniaga serta industri dalam daerah Muar.

Menurut beliau, antara wakil yang ditemui mewakili Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah golongan penternak, perusahaan perabot, pengusaha bas, peniaga pasar malam dan pasar awam, pusat jagaan orang tua, di samping persatuan kontraktor dan juga wakil Dewan Perniagaan India Muar.

“Saya sedar sektor ekonomi di kebanyakan negara terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dan Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesannya,” ujar beliau.

Beliau turut mengingatkan pihak berkaitan supaya tidak melakukan sebarang sekatan atau halangan bagi sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula daripada menjalani urusan rutin niaga mereka.

Alhamdulillah pagi ini saya berpeluang berjumpa dan berdialog dengan wakil-wakil persatuan peniaga serta industri…

Posted by Muhyiddin Yassin on Saturday, 27 June 2020

Ini adalah kerana pihak kerajaan telah mengambil keputusan yang tegas dan berani untuk membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat bagi memastikan semua perniagaan atau industri boleh memulakan semula aktiviti sekaligus memulihkan perniagaan.

Beliau turut menasihati pihak berkuasa agar memudahkan urusan para peniaga dan permudahkan urusan permohonan dan percepatkan proses kelulusan lesen kepada pemohon.

Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga harus lebih proaktif bagi membantu para peniaga memulakan perniagaan semula.

“Dalam hal ini, pendekatan yang berbeza perlu dilakukan agar usaha kerajaan bagi menjana semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.

“Jika sebelum ini, peniaga dan pengusaha yang perlu merujuk kepada Majlis Daerah, PBT atau dewan-dewan perniagaan, kini pihak-pihak berkuasa dan agensi kerajaan pula perlu ke lapangan bertemu dengan peniaga untuk mengambil tahu masalah mereka.

“Ini juga adalah sebahagian daripada normal baharu yang mesti dibiasakan dalam cara kita bekerja,” katanya.

Di samping itu beliau turut meminta kerjasama dari semua agensi di peringkat negeri dan persekutuan yang terlibat di dalam penyediaan perkhidmatan kepada industri perniagaan supaya menjadi lebih proaktif bagi memastikan segala kerja berjalan lancar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply