PM buat tinjauan ke LAKSANA, pantau pelaksanaan bantuan PRIHATIN

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat tinjauan ke Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan.

Tinjauan berkenaan bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana yang diumumkan pada Jumaat lepas.

Beliau hadir bersama Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, Menteri Kanan – MITI, Dato Seri Azmin Ali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dan pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan.

LAKSANA ditubuhkan pada 16 Mac lalu bagi memantau pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020.

LAKSANA bertanggungjawab menyediakan laporan secara berkala berhubung status pelaksanaan dan pencapaian inisiatif berkaitan PRE kepada Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

LAKSANA akan menjalankan tanggungjawab memastikan inisiatif yang diumumkan dalam Pakej PRIHATIN bernilai RM250 bilion dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Beliau turut memberitahu bantuan penyaluran peruntukan kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar telah dilaksanakan mulai hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap proses pendaftaran dan semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) berjalan dengan lancar.

Sebarang pertanyaan dan kesulitan boleh menghubungi talian Kementerian Kewangan di 03-8882 9089, 03-8882 9087, 03-8882 9191, 03-8882 4565, 03-8882 4566 (waktu bekerja sahaja) atau emel: bsh@treasury.gov.my pre2020@treasury.gov.my atau Telegram: PRE PRIHATIN atau Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi LHDN di talian 1-800 882 747 atau 03-8911 1000 untuk sebarang pertanyaan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply