PM bertemu kepimpinan MPPK IPT

0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berpeluang beramah mesra dan bertukar pandangan bersama 10 kepimpinan tertinggi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sesi 2020/2021.

Beliau yang berkongsi aktiviti harian di laman media sosial Facebook miliknya, bersua muka bersama Yang Dipertua MPP dari lima universiti tempatan antaranya Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala selebihnya adalah Presiden MPP dari IIUMSU, UCTS, DRB-HICOM U dan HELP University.

Hari ini saya berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan dengan 10 kepimpinan tertinggi Majlis Perundingan…

Posted by Muhyiddin Yassin on Tuesday, 30 June 2020

“Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, kami berbincang pelbagai perkara yang menyentuh mengenai usaha memartabatkan mahasiswa, memperkasa pendidikan serta hal berkaitan kebajikan mahasiswa.

“Saya telah mendengar dengan teliti setiap butiran agenda serta inisiatif yang dibawa dan berpandangan ada beberapa perkara yang dibincangkan boleh diketengahkan kepada kementerian atau pihak bertanggungjawab yang berkenaan untuk tindakan lanjut,” kongsi beliau.

Menurut beliau lagi, pertemuan yang berlangsung di pejabatnya itu turut disertai Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Rosli Yaakob.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply