PM akan umum kelonggaran baharu termasuk rentas negeri

0

Kelonggaran baharu yang dipersetujui secara prinsip, termasuk kemungkinan rentas negeri akan diumumkan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan berhubung perkara itu diperincikan dalam mesyuarat khas membabitkan tiga lagi kementerian hari ini.

Katanya, inti pati perbincangan dan keputusan berkenaan kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan diumumkan mengikut masa dan tempat tertentu.

“Kelonggaran baharu sudah dipersetujui secara prinsip, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan umum dalam tempoh terdekat.

“Keputusan empat menteri hari ini akan dibawa kepada Perdana Menteri dan beliau akan tentukan masa dan tempat untuk umumkan kelonggaran selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaya Post.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

A. PENETAPAN SOP BERDASARKAN TAHAP RISIKO JANGKITAN COVID-19.

5. Mengambil kira penularan varian-varian baharu yang mengganas termasuk varian Delta, penetapan SOP selepas ini akan dibuat dengan matlamat untuk memastikan ia berupaya mengelak sebaik mungkin 3C atau 3S sekaligus mengurangkan risiko jangkitan COVID19.

i. Crowded Places (Sesak) – Penjarakan berjauhan dalam masa yang singkat adalah lebih selamat.

ii. Confined Spaces (Sempit) – Kawasan lapang di luar adalah lebih selamat.

iii. Close Conversation (Sembang Dekat) – Penjarakan berjauhan, pemakaian pelitup muka, interaksi singkat adalah lebih selamat.

6. Menerusi kaedah penetapan SOP yang mengguna pakai prinsip 3C/3S ini, Kerajaan
bersedia mempertimbangkan lebih banyak kelonggaran bagi membolehkan rakyat
melaksanakan aktiviti sosial dan ekonomi yang dinilai berada pada tahap risiko rendah.

B. KELONGGARAN – KELONGGARAN BAHARU DI BAWAH FASA-FASA PPN.

7. Sehubungan itu, sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik telah bersetuju untuk membenarkan beberapa kelonggaran baharu yang dinilai berada pada tahap risiko rendah.

8. Dalam menetapkan kelonggaran-kelonggaran ini, Kerajaan sesungguhnya amat memahami tekanan, kepenatan dan kelesuan rakyat selepas lebih setahun berada dalam situasi pandemik yang membataskan aktiviti dan pergerakan. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana berisiko membawa kepada kesan yang lebih serius terutama menjejaskan kesihatan mental.

9. Justeru, sejajar dengan matlamat Kerajaan di bawah tonggak kesejahteraan rakyat iaitu untuk memastikan kesihatan mental individu, YAB Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa kelonggaran tambahan bagi sektor sosial dan ekonomi dalam masa terdekat.

C. KERAJAAN SEDANG MEMPERTIMBANGKAN KELONGGARAN TAMBAHAN.

10. Selain kelonggaran-kelonggaran yang bakal diumumkan, Kerajaan turut sedang meneliti dan mempertimbangkan beberapa lagi bentuk kelonggaran tambahan. Ia termasuklah ;

i. Aktiviti pelancongan selain daripada destinasi yang termasuk dalam inisiatif gelembung pelancongan.

ii. Menambah destinasi di bawah inisiatif gelembung pelancongan untuk destinasi bukan pulau.

iii. Pembukaan gimnasium.

11. Namun sebelum kelonggaran-kelonggaran berkenaan diumumkan, Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terlebih dahulu melakukan penilaian tahap risiko jangkitan COVID-19 dengan menggunapakai prinsip 3C/3S.

Sekiranya ia memenuhi syarat serta kriteria ditetapkan, Kerajaan bersedia membenarkan pelaksanaannya. Perincian mengenainya akan dibincang dalam Mesyuarat Kuartet Menteri akan datang.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply