PKPD ke-7 di kawasan Selayang Baru Gombak

0

Mengikut saranan dan nasihat Menteri Kesihatan, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-7 di kawasan Selayang Baru Gombak, Selangor.

PKPD ini berkuatkuasa mulai hari ini hingga 3 Mei depan yang melibatkan enam lokaliti dikenalpasti termasuk Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah Gombak, Selangor.

Manakala di zon B, Jalan Indah 21, Lembah Indah Selayang Baru Gombak, Selangor serta zon C Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21 Selayang Baru Gombak, Selangor.

Selain itu di zon D, Jalan 3, 5, 7 dan 9 Selayang Baru Gombak, Selangor dan zon E di Jalan 2, 4, 6 dan 8 Selayang Baru Gombak, Selangor.

Lokaliti yang terakhir iaitu di Blok A, B dan C Selayang Makmur Gombak, Selangor.

Enam parcel di Selayang Baru, Gombak, Selangor, diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini hingga 3 Mei ini.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Sabtu, 25 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply