PKPD Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam tamat esok

0

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid yang terletak di Simpang Renggam, Kluang Johor akan ditamatkan esok, 28 April.

Berita berkenaan diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian COVID-19 (Non Health) sebentar tadi.

Ini bermakna segala sekatan keluar masuk dan ‘lockdown’ akan ditarik balik di PKPD Simpang Renggam.

Untuk rekod, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kedua-dua kampung ini melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga dan berkuatkuasa mulai 27 Mac 2020 lalu.

Manakala PKPD di Sungai Lui Hulu Langat Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah disambung satu minggu lagi, sehingga 5 Mei 2020 (Isnin).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply