PKPD di kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya

0

Memetik perkongsian dari laman Facebook Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya Selangor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan Pasar Jalan Othman (PJO), Petaling Jaya, Selangor.

Atas nasihat Menteri Kesihatan, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di beberapa kawasan yang dibahagikan kepada tiga zon.

Antara zon yang telah dibahagikan ialah:

Zon A​:
Jalan Penchala, Petaling Jaya
Jalan 4/33, Petaling Jaya
Jalan 4/37, Petaling Jaya
Jalan 4/39, Petaling Jaya
Jalan 4/41, Petaling Jaya
Jalan 4/44, Petaling Jaya
Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya
Jalan 4/43, Petaling Jaya
Jalan 4/46, Petaling Jaya
Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya

Zon B​:
Jalan 2/29, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/29A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/27, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/32, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/25, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/26, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/34A, Petaling Jaya
​​ Jalan 2/23, Petaling Jaya
​​ Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya
​​ Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya

Zon C​:
Jalan Selangor, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57D, Petaling Jaya
​​ Lorong 3/57C, Petaling Jaya
​​ Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya
​​ Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya

“Perintah PKPD ini melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan di kawasan berkenaan dan berkuatkuasa mulai 10 Mei 2020 hingga 23 Mei 2020.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini juga akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa”, ujar beliau.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KAWASAN PASAR JALAN OTHMAN (PJO), PETALING JAYA, SELANGOR…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu, 09 Mei 2020

Dengan pelaksanaan perintah ini kesemua penghuni dan yang bukan penghuni serta pelawat tidak dibenarkan untuk keluar masuk dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Kesemua aktiviti perniagaan juga akan dihentikan di kawasan terbabit namun bagi menjaga kebajikan masyarakat kawasan berkenaan, satu Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD kerana kesemua laluan keluar masuk kawasan PKPD akan ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada para petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply