PKPD Bersasar di Kuala Sanglang sehingga 4 September

0

Dua buah kampung di Kuala Sanglang, Perlis diwajibkan menjalani Perintah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Bersasar selama sebulan iaitu sehingga 4 September depan.

Susulan pelaksanaan itu, tiga buah sekolah, SK Sanglang, SMK Sanglang dan SJKC Chin Hub telah diarahkan tutup selama dua minggu bermula hari ini (10 Ogos) hingga 23 Ogos.

Menteri Besar, Dato’ Seri Azlan Man melalui perkongsian di Facebook miliknya mengatakan 15 pelajar Tingkatan 6 SMK Syed Alwi telah dipindahkan sementara di asrama sekolah dan tempat tinggal berhampiran bagi menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mulai Rabu ini (12 Ogos).

Beliau turut menasihatkan guru-guru yang terlibat diwajibkan menjalani Home Isolation Order (HIO) atau Perintah Pengasingan Dirumah selama tempoh berkenaan.

“Saringan komprehensif ke atas semua 912 penduduk dua kampong terlibat telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

“PDRM juga telah mula mengawas dan mengawal jalan-jalan masuk dan keluar kedua-dua kampong berkenaan seawal jam 10.00 malam tadi.

“Pusat kuarantin juga sudah bersiap sedia untuk menerima mereka yang perlu diasingkan.

“Dalam tempoh ini semua penduduk terlibat diwajibkan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa,” ujar beliau.

Kerajaan negeri dengan kerjasama ADUN Sanglang juga telah mula mengedarkan bantuan segera dalam bentuk makanan kepada penduduk kampung yang terkesan,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar atau Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) telah…

Dikirim oleh Azlan Man pada Sabtu, 08 Agustus 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply