PKP Penuh : Semua sektor ekonomi tak dibenarkan kecuali 17 perkhidmatan

0

KUALA LUMPUR : Semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun kecuali 17 perkhidmatan yang ditetapkan kerajaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 17 perkhidmatan itu ialah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perniagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.

“Begitu juga dengan perkhidmatan air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan batuan kemanusiaan; urusan sisa pepejal; pengangkutan darat dan air.

“Perkhidmatan dan perusahaan pelabuhan, lapangan terbang; komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos, kurier penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat berita,” katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, khidmat perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal; kredit komuniti termasuk pajak gadai, e-dagang, teknologi maklumat, pengeluaran, penyulingan dan pembekalan bahan api dan pelincir turut dibenarkan.

Begitu juga dengan hotel dan penginapan bagi tujuan kuarantin; pembinaan, penyelenggaraan; perkhidmatan perhutanan; penguatkuasaan dan hidupan liar serta logistik terhadap kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply