PKP Fasa-3: KPT kaji kaedah selamat bawa pulang 54,000 pelajar IPT – Menteri Pengajian Tinggi

0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pelajar Instituti Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad berkata, perkara itu akan di bawa ke mesyuarat khas menteri mengenai COVID-19 esok (Sabtu).

“Susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri mengenai lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama Kementerian sebentar tadi meneruskan perbincangan dan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yg masih berada di kampus ke rumah masing-masing.

Kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad pada Jumaat, 10hb April 2020 di laman Facebook beliau.

“Sebaiknya, saya mahu pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya pada di laman sosial Facebook, pada Jumaat.

Menurut sumber Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi The Malaya Post sebentar tadi, terdapat kira-kira 54,000 orang pelajar yang kini sedang menetap di hostel dan rumah sewa sejak PKP di kuatkuasakan.

Jumlah itu mencakupi pelajar universiti awam, institut pengajian tinggi swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Ia hanya di peringkat cadangan. Usaha ini tertakluk pada pandangan dan keputusan kerajaan khususnya dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malayia” kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, beberapa laporan media melaporkan terdapat segelintir pelajar dan ibu-bapa memohon agar dibenarkan pulang ke rumah dan kampung halaman masing-masing berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khasnya pada Jumaat berkata, Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga akan dilanjutkan bermula 15hb April sehingga 28hb April 2020.

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah menguruskan segala kebajikan, makanan kepada para pelajar yang di arah untuk tinggal di kampus.

Leave a Reply