PKP dilanjutkan sehingga 28 April

0

Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Mengambil pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk menyambung PKP dua minggu lagi yang akan bermula pada 15 April depan.

Lanjutan ini dibuat bagi memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan menangani penyebaran COVID-19 selain mengelakan penularan semula wabak ini di dalam negara.

Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan World Health Organization (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan pelaksanaan PKP terlalu awal.

“Seperti mana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila PKP ditamatkan.

“Kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini untuk satu tempoh yang agak lama dan ianya mungkin akan berlarutan untuk tempoh beberapa bulan sebelum kita betul-betul pastikan penularan wabak ini dapat diatasi 100 peratus,” ujar beliau.

Siaran Langsung: Perutusan Khas Oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin (Perdana Menteri Malaysia)

Siaran Langsung: Perutusan Khas Oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin(Perdana Menteri Malaysia)

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 10 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply