PKP di enam negeri mulai 22 Januari

0

Menteri Kanan Pertahanan, Dato, Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam buah negeri lagi yang akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang dan Terengganu bermula 22 Januari hingga 4 Februari depan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP diseluruh kawasan negeri terbabit berdasarkan peningkatan kes harian dan rosiko yang telah dinilai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Berdasarkan peningkatan risiko dan nasihat KKM juga berdasarkan peningkatan kes di negeri-negeri berkenaan, maka kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh kawasan dalam negeri berkaitan,” ujar beliau di Sidang Media Harian COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, kini di seluruh negara berada dalam Tempoh PKP kecuali Sarawak,

Berbicara lanjut, beliau turut memberitahu berkaitan permintaan operasi kedai makan sehingga lebih dari jam 8 malam, pihaknya akan membuat perbincangan bersama KKM untuk diberi perhatian dan penelitian lebih lanjut.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply