Piya belum bersara, bakal sertai Kelantan United

0

Arena bola sepak sedikit suram apabila terdapat ura ura bahawa bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih mesra disapa Piya bakal bersara dari dunia bola sepak.

Namun setelah dirisik, Piya menafikan dakwaan tersebut malah keinginannya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain bola masih tinggi.

Meskipun masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, namun dia akan berbuat demikian dalam masa terdekat ini.

Menurut Piya, dalam masa terdekat ini juga dia akan berjumpa dengan jurulatih dan pengurusan pasukan.

Tambahnya lagi, kudratnya untuk terus bermain bola masih ada dan dia masih mahu bermain dan berbakti untuk kumpulannya, masakan pula mahu bersara.

Justeru, pemain berusia 37 tahun itu menganggap berita yang tersebar itu hanya sebagai spekulasi biasa cuba dicetuskan pihak tertentu. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply