Pihak sekolah perlu periksa setiap meja pelajar, Jabatan Bomba kongsi video anggota sedang menangkap ular di dalam meja sekolah

0

Sudah hampir tiga bulan setengah sesi persekolahan ditutup.

Bermula cuti penggal pada awal Mac, disambung pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac sehinggalah kehari ini, kawasan sekolah ditutup kepada pelajar, guru dan petugas lain.

Menerusi pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia, sesi pembelajaran pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama akan bermula tidak lama lagi.

Beberapa langkah pembersihan dan prosedur keselamatan telah dirangka oleh pihak berwajib serta harus dipatuhi setiap sekolah.

Selain dari langkah yang telah diberi, adalah lebih baik jika pihak sekolah mengambil langkah keselamatan yang lebih terperinci dengan memeriksa setiap bilik darjah, tandas serta kawasan lain dan benar-benar memastikan bahawa tiada bahaya yang berlaku ketika sesi persekolahan bermula.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, viral rakaman video memperlihatkan anggota terlibat sedang berusaha menangkap seekor ular yang bersembunyi di bawah meja pelajar!

Bahaya sungguh! Bayangkan jika murid-murid kecil terus meluru masuk ke dalam kelas tanpa menyedari kehadiran tetamu tidak diundang ini, apa lah agaknya yang akan terjadi.

Mungkin pihak sekolah dan ibu bapa boleh merancang untuk melakukan aktiviti gotong royong bersama-sama sebelum sesi persekolahan bermula.

Ini demi keselamatan dan keselesaan anak-anak kita juga.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang

Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang ­čś▒Kredit video: Man Darulaman

Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Tuesday, 16 June 2020

Leave a Reply