Pihak pentadbir sekolah perlu susun jadual pentaksiran berdasarkan takwim peperiksaan

0

Kerajaan bersetuju dengan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran.

Memetik perkongsian kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara kandungan Garis Panduan yang dipersetujui dimana pihak pentadbir sekolah perlu menyusun jadual pentaksiran pusat mengikut kesesuaian.

Jadual terbabit juga harus berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh KPM.

Manakala bagi guru-guru pula perlu merancang pelaksanaan pentaksiran pusat berdasarkan kesediaan murid untuk ditaksir dan menjadualkan semula pentaksiran jika terdapat murid yang bergejala.

Posted by Jabatan Perdana Menteri on Friday, 10 July 2020

Selain itu, para guru juga perlu memberi penekanan kepada aspek penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan semasa proses pentaksiran dilaksanakan.

Bagi Pengendalian Peperiksaan Awam pula, ia perlu mengambil kira pertambahan bilangan bilik yang digunakan untuk peperiksaan apabila penjarakan sosial dilaksanakan dan jika terdapat calon yang bergejala serius, pihak sekolah perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan nasihat untuk tindakan selanjutnya serta memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.

Ketua Pengawas Peperiksaan juga perlu memastikan kesemua urusan pengendalian peperiksaan awam baik di pusat peperiksaan atau di luar pusat peperiksaan dengan mengambil kira penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply