Pihak kerajaan mohon individu bujang bersabar, akan ada peluang untuk pulang ke kampung

0

Kerajaan masih lagi dalam perbincangan mengenai kelonggaran untuk diberikan kepada golongan bujang merentas negeri pulang ke kampung.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kerajaan telah berbincang perkara berkenaan setiap minggu dan setiap hari di mesyuarat khas menteri-menteri.

Beliau turut meminta jasa baik individu bujang memberi sedikit masa untuk berbincang tarikh dan bila individu bujang boleh memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman bertemu dengan ibu bapa dan keluarga.

Tambah beliau lagi, pihak berkuasa tidak akan ‘menutup pintu’ buat selamanya untuk individu bujang dan akan membuka peluang kelak.

“Yang diperlukan sekarang hanya masa untuk berbincang,” ujar beliau

Nampaknya individu bujang macam sudah ada sinar harapan sahaja untuk pulang ke kampung, sabar ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply