PH calon Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8

0

Gempar pagi ini apabila Pakatan Harapan (PH) telah mencalon Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-8.

“PH merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14, justeru itu, Pakatan Harapan berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuang manifesto Pakatan Harapan dalam kerajaan.

“Dalam satu kenyataan awal pagi ini, pihaknya mengatakan akan menentang sebarang usaha kerajaan pintu belakang terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini.

“Oleh itu, demi mempertahan perjuangan Pakatan Harapan menyatakan akan memberi sokongan penuh terhadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri,” ujar pakatan berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply