Petugas kesihatan dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran – KSU KKM

0

Petugas kesihatan dilarang membuat pernyataan secara langsung atau tidak langsung menyentuh pelaksanaan dasar awam, program dan keputusan kerajaan tanpa mendapat kebenaran.

Perkara terbabit ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Mohd Shafiq Abdullah dalam satu kenyataan media yang turut menjelaskan pernyataan yang tidak wajar dan dibuat tanpa usul periksa akan menjejaskan imej pegawai sebagai penjawat awam.

“Malah ianya juga boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan dalam masyarakat serta menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan kerajaan.

“Peraturan berkaitan dengan etika dan tata kelakuan dalam perkhidmatan awam khususnya berkaitan dengan penggunaan media sosial

dan tegahan membuat pernyataan awam secara tanpa kebenaran, bukanlah bertujuan menghalang mana-mana pegawai untuk bersuara, tetapi lebih

kepada memastikan pegawai menggunakan saluran maklumbalas dan aduan yang betul serta menjaga imej dan kredibiliti pegawai, perkhidmatan awam dan kerajaan,” ujar beliau hari ini.

Beliau turut memberi peringatan kepada setiap pegawai KKM agar memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa menggunakan media sosial serta menjaga batas-batas penggunaannya agar tidak terjebak sebagai salahlaku yang boleh dikenakan hukuman tatatertib.

“KKM memandang serius berhubung dengan salah laku dalam penggunaan media sosial dan kecenderungan pegawai membuat pemyataan awam secara tidak wajar.

“Setiap kes yang diadukan atau dikenal pasti sekiranya sabit kesalahan, hukuman tatatertib akan dikenakan berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa,” kata beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply