Petugas barisan hadapan banyak berkorban, rakyat disiplin patuh arahan PKP dan PKPB – Perdana Menteri

0

Mengambil maklum usaha yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dan displin rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), negara kini telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon berstatus hijau.

Merujuk laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kawasan-kawasan berkenaan tidak mencatatkan kes positif yang baru dalam tempoh dua minggu yang lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebanyak 1,112 daripada 1,178 mukim, bahagian dan zon di seluruh negara telah dikategorikan sebagai zon hijau.

“Manakala, 62 mukim dikategorikan zon kuning dan empat zon lagi masih berstatus merah yang meliputi lebih 40 kes COVID-19.

“Empat kawasan yang dikenal pasti sebagai zon merah ialah mukim Batu Gombak, Selangor, zon Batu mukim Batu, Kuala Lumpur, zon Kampung Baharu mukim Bandar, Kuala Lumpur dan mukim Pedas daerah Rembau, Negeri Sembilan,” jelas beliau.

Sementara itu, Malaysia kini berada di tangga keempat daripada 105 negara dalam satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi pendidikan yang berpengkalan di Singapura.

Ujar beliau, kajian terbabit dibuat berdasarkan kepada tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani COVID-19.

“Jadi saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh PKP dilaksana bagi memastikan semua rakyat terselamat daripada wabak.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah yang sentiasa berdisplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan barisan hadapan memerangi wabak krisis ini,” ucap beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply