Petani, nelayan, penternak dan sektor perikanan bekerja seperti biasa

0

Tiada sekatan dalam aktiviti rantaian bekalan dan pemasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengumuman ini sejajar dengan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sektor yang memberi perkhidmatan penting dalam negara beroperasi seperti biasa.

Arahan ini termasuklah kepada industri pembekalan dan pemasaran makanan samada bagi agensi, individu atau syarikat.

Tidak terkecuali juga bagi pergerakan petani, nelayan, penternak dan sektor perikanan untuk menjalankan aktiviti harian masing-masing.

Sehubungan itu, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim telah mengarahkan pegawai di setiap daerah untuk mengeluarkan surat pengesahan beroperasi kepada agensi, syarikat atau individu yang berkait dalam pengoperasian premis atau terlibat dalam aktiviti pembekalan dan pemasaran makanan.

Saya telah berusaha sedaya yang mampu untuk berunding serta menjelaskan kepada pihak PBT di Terengganu serta PDRM bahawa…

Dikirim oleh Dr Azman Ibrahim pada Selasa, 24 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply